Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 21 Januari 2024
 Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 21 Januari 2024
Semasa

Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 21 Januari 2024

by VOKALIS 21/01/2024 569
  1. Malaysia Pulang Awal – Gagal Misi Piala Asia 2023

Hasrat skuad Harimau Malaya untuk melangkah jauh dalam kempen Piala Asia 2023 musnah selepas tumbang 0-1 kepada Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha.

Malaysia yang wajib meraih kemenangan dalam aksi kedua Kumpulan E itu dihampakan dengan jaringan lewat Ali Madan pada masa kecederaan biarpun pasukan negara sebelum itu bertahan cukup ampuh sepanjang 90 minit permainan.

Kekalahan kali kedua berturut-turut itu menyaksikan Malaysia ‘bungkus awal’ dan gagal meraih sebarang mata daripada dua aksi.

  1. Wawa Zainal Muntah Darah Di Mekah – Dek Terlalu Penat

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengalami muntah darah yang berkemungkinan berpunca keletihan ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, saya rasa sakit sangat memang tak mampu nak bangun, sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam,” katanya.

  1. Datuk Didakwa Esok – Dalang Dadah Terbesar Sabah

Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk dalang utamanya seorang ahli perniagaan dan penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk, akan dituduh esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan terhadap sindiket itu sudah selesai.

“Insya-Allah, semua akan dituduh esok (Isnin) di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

  1. Lebih Sejuta Banjiri Pulau Pinang – Thaipusam Perpaduan Meriah

Lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang minggu depan sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut, Khamis ini.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) RSN Rayer berkata, sambutan tiga hari bermula Rabu ini turut membawa kelainan apabila buat julung kalinya kedua-dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak akan berarak bersama ke kuil di Jalan Kebun Bunga, sebagai tanda perpaduan.

“Kita menggelarkan Thaipusam kali ini sebagai ‘Thaipusam Perpaduan’ kerana ini kali pertama kedua-dua pedati bergerak hampir bersama-sama, iaitu hanya kira-kira satu kilometer antara satu sama lain dan berharap dapat sampai ke kuil pada jam 11 malam,” katanya.

  1. Suami Arwah Azean Irdawati Meninggal Dunia – Pergi Di Usia 72 Tahun

Suami seniwati Allahyarham Azean Irdawati iaitu Khairil Anwar ZM Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor, pada jam 5.12 petang tadi.

Khabar duka itu dikongsi anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran Instagram Story (IGs).

Ineesa bagaimanapun tidak memberitahu butiran terperinci mengenai pemergian arwah bapanya itu.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 24

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 39

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 57

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.