Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Suria FM Kongsi Rezeki – Hadiah RM24,000 Buat Pendengar
 Suria FM Kongsi Rezeki – Hadiah RM24,000 Buat Pendengar
Selebriti Semasa

Suria FM Kongsi Rezeki – Hadiah RM24,000 Buat Pendengar

by VOKALIS 22/01/2024 880

Stesen radio yang sedang hangat ketika ini, Suria FM memulakan kempen 2024 dengan berkongsi rezeki khas buat pendengar stesen itu menerusi wang tunai berjumlah RM24,000.

Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata, menerusi kempen Seikhlas Suria itu bertujuan menghargai mereka yang terus menyokong Suria FM.

Beliau berkata bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300.

Terdahulu, Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu terdiri daripada Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan.

Roslinda yang lebih popular dengan nama DJ Lin berkata penyertaan penyampai baru di Suria FM ialah satu langkah untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini.

Fizz keudara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Manakala Kai, bakal keudara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini.

Chiwan akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.