Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tun M Cabar Anwar Adakan PRU – Sebagai Bukti Sokongan
 Tun M Cabar Anwar Adakan PRU – Sebagai Bukti Sokongan
Semasa Sensasi

Tun M Cabar Anwar Adakan PRU – Sebagai Bukti Sokongan

by VOKALIS 22/01/2024 445

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Dr Mahathir berkata, PRU itu adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat.

Kredit: Instagram chedetofficial

Dr Mahathir membuat cabaran itu ketika pimpinan Anwar kini didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat berupaya menggugat kepimpinannya.

“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua pertiga. Rakyat ada peluang menukar saya tetapi ia tidak berlaku.

Kredit: Instagram Anwar Ibrahim

“Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya jadi saya cabar Anwar adakan satu pilihan raya hari ini,” katanya.

Memetik laporan BH, Dr Mahathir berkata, Anwar dilihat terpaksa menggerakkan siasatan terhadap individu tertentu kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri adalah dilantik secara kebetulan dan bukan dipilih secara majoriti oleh rakyat.

Kredit: Instagram Anwar Ibrahim

Beliau berkata, malah sepanjang pentadbirannya, Anwar dilihat tidak berjaya menangani isu ekonomi, politik dan masalah sosial.

Malah Dr Mahathir berkata, Anwar juga dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri, khususnya melalui ura-ura wujudnya Langkah Dubai.

Kredit: Instagram chedetofficial

“Anwar tunjuk kononnya Langkah Dubai nak jatuhkan dia, …sepatutnya dia jatuhlah, …orang sedang dalam kesusahan beliau tidak pandai atasi cari orang lain, lawan dengan rasuah namun dia lepaskan orang yang rasuah,” katanya. – THE VOKAL

‘

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 105

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 20

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 17

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.