Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Saya Doa Pihak Yang Buat Masuk Neraka!” – MB Terengganu Nafi Kaitan Skim Pelaburan
 “Saya Doa Pihak Yang Buat Masuk Neraka!” – MB Terengganu Nafi Kaitan Skim Pelaburan
Semasa Sensasi

“Saya Doa Pihak Yang Buat Masuk Neraka!” – MB Terengganu Nafi Kaitan Skim Pelaburan

by VOKALIS 23/01/2024 470

“Yang boleh dibuat oleh saya secara peribadi adalah berdoa agar pihak yang buat masuk neraka!”

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar susulan dakwaan dirinya terbabit dengan skim pelaburan seperti yang tersebar di laman sosial.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Beliau menafikan perkara itu sambil menegaskan dirinya sibuk dengan tugas sebagai seorang Menteri Besar.

“Tak mampu untuk saya ‘divert’ (mengalihkan) kerja saya untuk lawan ‘scammer’ seperti ini. Hari ini kita jawab palsu, minggu depan keluar yang lain pula.

“Yang boleh dibuat oleh saya secara peribadi adalah berdoa agar pihak yang buat masuk neraka dan kalau pihak berkuasa mampu menangkap mereka, biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat,” katanya.

Tambah Ahmad Samsuri, foto beliau disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengiklankan aktiviti pelaburan menggunakan akaun The Secret Quran.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata pihak tidak bertanggungjawab itu turut mewujudkan akaun TikTok yang menggunakan gambar dan nama mirip nama beliau iaitu drahmedsamsurimokhtar.

“Gambar saya dipergunakan oleh pihak ini. Saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan mana-mana pihak berkaitan perkhidmatan mahupun akaun tersebut.

“Saya turut menafikan akaun TikTok drahmedsamsurimokhtar adalah akaun saya,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman enggan melayan pihak yang bertanggungjawab sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada tugas hakikinya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 65

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 19

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 16

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.