Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk – Terengganu Perlu Bersedia Mungkin Banjir
 Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk – Terengganu Perlu Bersedia Mungkin Banjir
Semasa

Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk – Terengganu Perlu Bersedia Mungkin Banjir

by VOKALIS 23/01/2024 566

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu, hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan itu membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu, ia membabitkan Besut dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan.

Sementara itu, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat 6 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Johor kekal dengan 19 orang daripada lima keluarga.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, beberapa sungai di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu, berada pada paras bahaya.

Antaranya, Sungai Rompin di Pahang; Sungai Arau, Perlis; Sungai Terengganu, Terengganu; Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

Sementara itu, tujuh sekolah di dua daerah negeri ini terpaksa ditutup akibat dinaiki air berikutan hujan lebat, sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata, daerah terbabit termasuk Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) Sheikh Abdul Malek; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman; SK Gelugor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin, SK Kedai Buloh dan SK Lubuk Periuk. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 220

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.