Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella -Penemuan Rangka Disahkan Milik Arwah
 Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella -Penemuan Rangka Disahkan Milik Arwah
Semasa Sensasi

Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella -Penemuan Rangka Disahkan Milik Arwah

by VOKALIS 24/01/2024 552

Lelaki yang sepatutnya menjadi penjaga dan orang yang melindungi dirinya, menjadi orang sama yang didakwa membunuhnya hari ini.

Teman lelaki kepada Bella atau nama sebenar Mila Sharmilah Samsusah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, bekas posmen itu didakwa membunuh Mila Sharmilah, 32, antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian itu berlaku pada 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Syahril Anuar.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen dan laporan perubatan.

Mayat Bella ditemui dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar pada petang Jumaat lalu, selepas tertuduh dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkaikan semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu.

Semalam, polis dalam kenyataan media memaklumkan rangka ditemui itu adalah Bella selepas ujian DNA dilakukan berpadanan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakak Bella. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 51

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 48

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 57

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.