Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Adik Jumpa Mayat Abang – Lelaki Jatuh Dari Rumah Bot
 Adik Jumpa Mayat Abang – Lelaki Jatuh Dari Rumah Bot
Semasa

Adik Jumpa Mayat Abang – Lelaki Jatuh Dari Rumah Bot

by VOKALIS 24/01/2024 584

Suasana pilu menyelubungi apabila menemukan mayat abangnya yang lemas selepas terjatuh dari rumah bot yang diuruskan di Tasik Temenggor, Pulau Banding, Gerik.

Mayat Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, ditemui pada 11.18 malam tadi selepas hilang hampir lima jam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, adik mangsa yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa orang awam menemukan mayat mangsa.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.20 petang dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi.

Sabarodzi Nor Ahmad

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang juga anak seorang anggota BBP Gerik terjatuh ketika sedang menambat tali sauh di tasik berkenaan.

“Adik mangsa dan orang awam yang menggunakan bot persendirian menggunakan kaedah ‘casting’ ketika pencarian, yang mana tersangkut pada badan mangsa sebelum mayat dibawa naik ke bot.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti di Pengkalan Trojan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain BBP Gerik, SAR turut membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dan anggota BBP Lenggong serta unit anjing pengesan K9.

Turut serta, anggota pelbagai agensi keselamatan dan badan bukan kerajaan (NGO). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 11

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 273

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.