Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Semangat Juang Harimau Malaya – Satu Mata Yang Berharga
 Semangat Juang Harimau Malaya – Satu Mata Yang Berharga
Semasa Stadium

Semangat Juang Harimau Malaya – Satu Mata Yang Berharga

by VOKALIS 26/01/2024 553

Harimau Malaya mengaum! Pasukan Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi pada aksi menentang Korea Selatan semalam.

Harimau Malaya berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan dengan jaringan 3-3 ketiga Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha di Qatar.

Satu mata yang diraih ketika masa kecederaan sekali gus menyamakan kedudukan membolehkan Harimau Malaya memperbaiki pencapaian buruk pada edisi 2007 yang mana skuad negara yang beraksi atas tiket selaku tuan rumah gagal mengutip sebarang mata pada ketika itu.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang berada di ranking 130 dunia bermula positif dengan benteng pertahanan berjaya mengekang asakan dari Korea Selatan selain jentera serangan skuad negara turut mencipta beberapa gerakan ke kubu lawan.

Terdahulu, jaringan gol dilakukan Faisal Halim pada minit ke 51, Arif Aiman Hanapi (minit 61) dan Romel Morales (minit 90+15).

Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.