Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 27 Januari 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 27 Januari 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 27 Januari 2024

by VOKALIS 27/01/2024 194
  1. Daim Didakwa Isnin – Gagal Notis Isytihar Harta

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.

Tun Daim Zainuddin

“Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin (29 Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang adalah kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  1. Jangan Hanya Janji Pilihan Raya – Agong Titah Selesai Isu Banjir

Isu banjir yang setiap tahun menghantui penduduk di Sungai Lembing di sini, perlu diselesaikan segera oleh pihak berwajib bukan hanya berjanji menyelesaikan permasalahan tersebut setiap kali musim pilihan raya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Seri Paduka mahu melihat Sungai Lembing yang merupakan bandar bersejarah diselenggara dengan baik dan tidak ketinggalan dari aspek pembangunan.

“Takkan setiap bulan kena cuci rumah sahaja atau dibaiki semula. Yang tinggal sini semua sudah berusia. Saya amat bersimpati dan akan terus meninjau kawasan ini kerana Sungai Lembing ini begitu dekat di hati saya.

“Harap dapat diselesaikan (isu banjir) dengan segera. Jangan tunggu PRU (pilihan raya umum) sahaja nak janji. Sempurnakan sekarang,” titah baginda.

  1. Harimau Malaya Boleh – Mampu Bersaing Peringkat Antarabangsa

Kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia, semalam membuktikan pemain skuad negara boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, keputusan dalam pertembu­ngan dengan pasukan ran­king ke-23 dunia itu adalah hasil usaha keras pemain yang tidak kenal erti penat dan berjuang hingga wisel penamat.

Kim Pan Gon 

Bagaimanapun, Pan Gon me­ngakui bahawa Korea Selatan tetap berada pada tahap yang berbeza dengan pemain Harimau Malaya yang bergelut untuk mengimbangi serangan skuad bimbingan Jurgen Klinsmann.

  1. Ops Menyelamat Tanah Runtuh Tamat – Dua Lagi Mangsa Ditemukan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands tamat selepas dua lagi mangsa ditemukan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Shing Law Har, 56, dan Om Myu, 37 ditemukan pada pukul 6.10 petang dan 6.50 petang dengan jarak antara kedua-duanya sejauh lima meter sekali gus mencukupkan jumlah lima mangsa yang tertimbus.

Penamatan operasi diumumkan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli dalam sidang media pada Sabtu.

  1. Masitah Doa Dapat Lihat Kembali – Tidak Akan Putus Harap

Peluang mengerjakan ibadah umrah pada November tahun lalu membuatkan pempengaruh dan usahawan Masitah Mohd Affandy yang dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac tahun lalu sentiasa berdoa agar diberikan rezeki untuk melihat kembali secara normal.

Kata Masitah, meskipun menyedari kebarangkalian untuk melihat agak sukar, tapi dia tidak pernah berputus asa.

“Ketika mengerjakan ibadah umrah bersama suami pada November tahun lalu saya selalu berdoa supaya Allah beri rezeki untuk saya lihat kembali.

“Namun jika tiada rezeki itu saya minta Allah permudahkan seluruh kehidupan saya,” katanya.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 244

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 400

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 266

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.