Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 28 Januari 2024
 Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 28 Januari 2024
Semasa

Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 28 Januari 2024

by VOKALIS 28/01/2024 262
  1. Rangka Manusia Ditemukan – Seolah-Olah Dibakar

Satu rangka manusia ditemukan di tepi jalan berhampiran sebuah ladang, di Bukit Tukok, Kalabakan pagi tadi.

Difahamkan, rangka dalam keadaan terlentang dengan kesan seolah-olah dibakar ditemukan penduduk yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis kira-kira 9.30 pagi.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk berhubung identiti mangsa termasuk jantinanya

  1. Satu Pengkhianatan – Mizz Nina Kecewa Kes Musa Dibawa Lari

“Boleh bayangkan anak berusia dua tahun dibawa keluar dari rumahnya? Ia suatu yang memberikan kesan trauma pada anak itu. Saya sangat tertekan dan risau dalam tempoh itu.” 

Demikian kata aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang mendedahkan anak angkatnya iaitu Musa dibawa keluar dari rumahnya tanpa keizinan dan pengetahuannya sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjumpa Musa selama lebih tiga minggu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, berkata, perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi pada dirinya.

  1. Lelaki Korea Tersangkut – Aksi Paragliding Lalui Detik Cemas

Aktiviti sukan luncur udara atau paragliding yang disertai warga Korea bertukar detik cemas apabila pemuda itu tersangkut atas pokok di Bukit Kokol, Manggatal tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Cha Woo Sung yang berusia dalam lingkungan 50-an ditemukan tersangkut atas pokok pada ketinggian 50 meter sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.51 tengah hari.

  1. PM Tak Campur – Siasatan Kes Rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan agensi penguatkuasaan dalam menyiasat atau merampas harta mana-mana individu yang terkait dengan siasatan kes rasuah.

Beliau berkata arahan kerajaan adalah menyeluruh untuk agensi berkaitan menyiasat siapa sahaja yang dikesan memunggah kekayaan secara haram.

“Saya tidak campur dalam urusan satu persatu, ahli-ahli Jemaah Menteri, TPM (Timbalan Perdana Menteri) tahu, kita tidak campur supaya siasat si A atau si B, atau rampas harta si A atau si B,” katanya.

  1. Kejutan Buat Derrick – Jual Motor Dapat Hadiah Motor Baru

Penyokong Harimau Malaya yang sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perjuangan skuad negara di Doha, Qatar dalam saingan Piala Asia 2023, pulang ke tanah air dengan kejutan tidak disangka-sangka.

Pemuda yang dikenali sebagai Derrick Gan itu menerima hadiah sebuah motosikal baharu daripada Modenas, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Rezeki buat @derrickganjr terima motor daripada @modenas.malaysia.

“Derrick, teruskan sokong dan jadi pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!” menurut hantaran Radio Era yang dikongsi oleh Facebook Modenas pada Ahad.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 281

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 427

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 293

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.