Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. The Show Must Go On – Liza Hanim Tetap Bersemangat
 The Show Must Go On – Liza Hanim Tetap Bersemangat
Selebriti Semasa

The Show Must Go On – Liza Hanim Tetap Bersemangat

by VOKALIS 01/02/2024 518

Meskipun risau dengan keadaan kesihatan yang terganggu baru-baru ini, Liza Hanim tetap dengan semangat ‘The Show Must Go On’ bagi menjayakan konsert sulung berskala besarnya, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert Ahad ini.

Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim berkongsi, dia mula mengalami gejala demam minggu lalu sebelum sakit dada sehingga terpaksa mendapatkan rawatan susulan untuk dua minggu.

“Sebenarnya, saya tak pernah semput. Kalau ikut apa yang doktor cakap, ini memang berpunca daripada virus, tapi tak tahu jenis apa. Dada dan badan sakit. Saya kadang-kadang tak cukup nafas, semput.

“Situasi ini buat saya rasa lain, tapi mahu atau tidak, saya kena teruskan juga. Ini adalah impian yang bakal terlaksana. Saya anggap sahaja ini sebagai dugaan. Itu yang paling merisaukan tetapi setakat ini, bertambah sihat.

“Saya tak pernah kena dan rasa perkara sebegini, ini sesuatu yang baru buat saya. Tapi, saya bersyukur kerana pasukan dan guru vokal, Cikgu Shafie sentiasa membantu serta menjaga saya,” katanya.

Bakal membawakan lebih 30 lagu dalam konsert tersebut, Liza berkata, dia akan mengikut apa sahaja saranan doktor dalam fasa ini dan berharap kesihatannya dapat kembali pulih sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang konsert.

Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu memohon semua mendoakan kesihatannya dan memaklumkan keadaan dirinya semakin baik.

“Setakat ini, kesihatan sayab bertambah baik. Antibiotik sudah habis dimakan, tetapi ada ubat-ubat lain yang diteruskan. Memang kena ambil masa juga. Harapnya, masa konsert semuanya baik-baik sahaja.,” katanya.

Menerusi konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, Liza bakal menyampaikan koleksi lagu hit yang dipetik daripada tujuh album dihasilkan sejak bergelar anak seni. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 5

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 59

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.