Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sofa Terbakar – Enam Kanak-Kanak Cemas
 Sofa Terbakar – Enam Kanak-Kanak Cemas
Semasa

Sofa Terbakar – Enam Kanak-Kanak Cemas

by VOKALIS 12/02/2024 599

Mujur semuanya berakhir dengan selamat meskipun enam kanak-kanak berdepan dengan detik cemas apabila sofa di kediaman mereka terbakar.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.15 pagi itu di Apartmen Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya berjaya dikawal tanpa kecederaan berlaku pada mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dan lapan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan selepas menerima maklumat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah sofa di ruang tamu rumah apartmen tersebut namun tidak melibatkan struktur bangunan.

“Terdapat enam orang mangsa, empat orang kanak-kanak perempuan dan dua orang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mukhlis, keenam-enam mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dan kesemua mereka dalam keadaan selamat.

“Kejadian membabitkan kanak empat kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga 11 tahun dan dua kanak-kanak lelaki kembar berusia lima tahun.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa ke hospital kerana bapa mangsa ada masalah sakit jantung, kesemua kanak-kanak itu diserahkan semula pada keluarganya,” kata beliau. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 10

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 19

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.