Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Langkawi Panas – Catat Suhu Hingga 37 Darjah Celsius
 Langkawi Panas – Catat Suhu Hingga 37 Darjah Celsius
Semasa

Langkawi Panas – Catat Suhu Hingga 37 Darjah Celsius

by VOKALIS 12/02/2024 655

Pulau tarikan pelancong, pulau legenda Langkawi kembali panas, bukan dek kontroversi harga makanan seperti baru-baru ini, tetapi suhunya.

Langkawi antara empat daerah di Semenanjung Malaysia yang diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap satu iaitu selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tiga lagi daerah terbabit adalah Pokok Sena di Kedah serta Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Katanya, keempat-empat daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

“Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius dan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.