Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Stacy Bunga Matahari – Juara The Masked Singer Malaysia 4
 Stacy Bunga Matahari – Juara The Masked Singer Malaysia 4
Selebriti Semasa

Stacy Bunga Matahari – Juara The Masked Singer Malaysia 4

by VOKALIS 18/02/2024 1161

Maskot Bunga Matahari menepati ramalan apabila diumum juara musim keempat The Masked Singer Malaysia (TMSMY4) yang disiarkan secara langsung dari CIDB Kuala Lumpur malam tadi.

Bunga Matahari atau figura sebenarnya Stacy membawakan lagu dari seberang, Lathi dan Cinta nyanyian asal Marsha berjaya menewaskan empat maskot lain. Untuk rekod, lagu tersebut juga merupakan ciptaan Stacy bersama suami, Akim Ahmad.

Stacy yang turut terkenal dengan jolokan Ratu Tari Malaysia berjaya membawa pulang hadiah sebuah trofi kemenangan seperti mana juara musim terdahulu.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Mat Helang yang disarungkan oleh Namie manakala kostum Sang Kancil yang dipakai oleh Danial Zaini mendapat tempat ketiga.

Sementara itu tempat keempat pula menjadi milik Adinda Ceria Popstar (Biskut Aiskrim) dan kelima pula adalah Nabila Razali (Teratai).

Juri TMSMY4 terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Sherry Al-Hadad, Angah, Zizan Razak, Elly Mazlein, Michael Ang dan Rozita Che Wan.

Pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tugas sebagai hos untuk empat musim berturut-turut.– THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 17

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 23

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 258

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.