Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ibu Dan Dua Anak Ditemui Mati – Tergantung Pada Kipas
 Ibu Dan Dua Anak Ditemui Mati – Tergantung Pada Kipas
Semasa

Ibu Dan Dua Anak Ditemui Mati – Tergantung Pada Kipas

by VOKALIS 20/02/2024 557

Menyayat hati. Demikian kisahnya apabila seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pada jam 9.25 malam tadi, Balai Polis Lenggeng menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu.

“Lelaki itu memaklumkan terdapat seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui mati di sebuah taman perumahan.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun dijumpai mati tergantung di kipas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, turut ditemui di tempat kejadian adalah nota tulisan si mati yang menyatakan dia berdepan masalah rumah tangga.

“Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai membuat tangkapan ke atas suami si mati kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman dipohon di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi ini dan reman dibenarkan selama empat hari bermula hingga 23 Februari ini,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 66

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 65

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 70

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.