Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Daftar Pemilih Tambahan – Semak Sehingga 21 Mac
 Daftar Pemilih Tambahan – Semak Sehingga 21 Mac
Semasa

Daftar Pemilih Tambahan – Semak Sehingga 21 Mac

by VOKALIS 21/02/2024 610

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 21 Mac ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, daftar pemilih tambahan itu mengandungi 36,978 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Januari 2024, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Beliau berkata senarai berkenaan juga mengandungi 6,692 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,137 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN1/2024 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.

“Semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Jan 2024 serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, diminta untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN1/2024.

“Sekiranya nama mereka tidak disenaraikan dalam daftar pemilih berkenaan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Ikmalrudin berkata, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri terbabit untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat hari bekerja sepanjang tempoh semakan tersebut.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi di pautan https://www.spr.gov.my atau menghubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri bagi sebarang pertanyaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 18

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 24

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 259

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.