Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 24 Februari 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 24 Februari 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 24 Februari 2024

by VOKALIS 24/02/2024 231
  1. Shakilla Kembali Bergelar Isteri – Nikah Ahli Perniagaan

Pelakon, Shakilla Khoriri, 35, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Majlis pernikahan pasangan ini dijalankan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Rakan-rakan artis yang hadir antaranya pelakon, Ramona Zam Zam turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram.

  1. 12 Kawasan Suhu Panas – Catat 35 Hingga 37 Darjah Celsius

Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terbabit ialah Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim.

Selain itu, Kuala Kangsar, Perak dan Beaufort, Sabah.

  1. Jadi Rakyat Malaysia Palsu – Sejak 39 Tahun Lalu

Guna Mykad palsu sejak 39 tahun lalu dan menikmati pelbagai kemudahan seperti warganegara Malaysia termasuk memiliki lesen memandu.

Kelicikan lelaki disyaki warga Filipina itu berakhir apabila dia ditangkap dalam operasi bersepadu cegah jenayah syariah dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka bersama Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah di sebuah rumah di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Alor Gajah.

Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata, operasi bersepadu itu dijalankan pada 14 Februari lalu, jam 10.15 malam

  1. Pengantin Perempuan Kumpul Mas Kahwin Sendiri – Pasang Empat Bodyguard

Seorang pengantin perempuan di China mempamerkan mas kahwin yang diusahakan sendiri pada majlis perkahwinannya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Majlis perkahwinan itu diadakan di daerah Luyi, wilayah Henan pada 5 Februari lalu.

Empat pengiring dilihat memegang papan tanda yang menunjukkan senarai mas kahwin pasangan itu.

  1. Tiada Kawah – Dalam Laut Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok, di sini, yang mengorbankan seorang ahli perniagaan pada Isnin lalu tidak mempunyai kawah dalam laut atau ‘Seabed Crater’ seperti ditularkan sesetengah pihak di media sosial, baru-baru ini.

Sebaliknya, beberapa ‘lubang’ yang terbentuk di sekitar pantai peranginan tersebut disebabkan beting pasir ribut.

Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Effi Helmy Ariffin berkata, berdasarkan kajiannya, dasar Pantai Batu Burok memiliki banyak beting pasir yang terbentuk akibat ribut terutama sewaktu tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 237

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.