Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pernah Hidap Kanser Buah Pinggang – Awie Akui Pernah Rasa Sudah Sampai ‘Waktu’
 Pernah Hidap Kanser Buah Pinggang – Awie Akui Pernah Rasa Sudah Sampai ‘Waktu’
Selebriti Semasa

Pernah Hidap Kanser Buah Pinggang – Awie Akui Pernah Rasa Sudah Sampai ‘Waktu’

by VOKALIS 27/02/2024 717

Bintang rock ikonik Datuk Awie pernah merasakan ‘waktu’ untuknya sudah sampai sebaik dikhabarkan menghidap penyakit kanser buah pinggang beberapa tahun lalu.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana penyakit itu berjaya dikesan lebih awal dan berjaya dibuang melalui pembedahan.

Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Tragedi Oktober itu dalam perkongsian bersama segmen ‘Pagi On Point’ di stesen radio Kool 101.

“Saya ada ‘problem’ di bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal.

“Masa nak bagitahu saya ketika itu pun, doktor macam tergagap-gagap. Dia kata, ‘This is very suspicious’ dan bila dia buat pemeriksaan, dia cakap yang salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.

“Bila saya dengar ja dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis,” kongsinya.

Selepas empat bulan mendapatkan rawatan di hospital, Awie, 55, akhirnya melakukan pembedahan membuang ‘tumor’ tersebut selepas dipujuk oleh isterinya.

“Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan.

“Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan tumor sepanjang 2.7 sentimeter berjaya dibawa keluar daripada buah pinggang saya,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 7

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 16

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.