Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Terima Lebih 5,000 Panggilan – Bomba Tangkap Ular Tedung, Senduk & Sawa
 Terima Lebih 5,000 Panggilan – Bomba Tangkap Ular Tedung, Senduk & Sawa
Semasa

Terima Lebih 5,000 Panggilan – Bomba Tangkap Ular Tedung, Senduk & Sawa

by VOKALIS 01/03/2024 643

Ekoran faktor cuaca menjadi antara penyumbang peningkatan panggilan menangkap ular yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Lebih 5,000 panggilan menangkap ular diterima JBPM seluruh negara dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia membabitkan 2,797 kes dilaporkan pada Januari lalu dan 2,297 kes direkodkan pada Februari lalu.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad

Beliau berkata, faktor cuaca lembap sepanjang musim tengkujuh lalu dan cuaca panas menyebabkan reptilia itu keluar mencari perlindungan baru.

“Kebanyakan ular yang ditangkap adalah spesis tedung, senduk dan sawa yang masuk ke kediaman penduduk serta kawasan kebun.

“Pada musim sejuk, binatang berbisa ini akan keluar mencari habitat baru dan ia juga berlaku ketika bila musim panas, jadi anggota kita sentiasa bersiap sedia.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika berdepan ancaman haiwan berbisa ini bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 139

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 157

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 151

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.