Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hasrat Juara AJL38 – Penyanyi dan Pencipta Sepenuhnya Dominasi Top 3 
 Hasrat Juara AJL38 – Penyanyi dan Pencipta Sepenuhnya Dominasi Top 3 
Selebriti Semasa

Hasrat Juara AJL38 – Penyanyi dan Pencipta Sepenuhnya Dominasi Top 3 

by VOKALIS 03/03/2024 592

Lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang diumumkan sebentar tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lagu berkenaan menewaskan 11 yang lain dan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000. 

Sutera ciptaan sepenuhnya Aisha Retno ditempat kedua manakala Jangan Mati Rasa Itu oleh Aina Abdul di tempat ketiga.

Lebih menarik ketiga-tiga pemenang utama adalah penyanyi dan komposer sepenuhnya lagu yang bertanding. 

Vokal Terbaik milik Aina yang mengalunkan lagunya dengan kemas dan baik serta memukau seluruh penonton.

Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aisha Retno hasil gabungan undian juri profesional dan peminat.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM12,000.

AJL38 diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar serta diserikan dengan persembahan oleh Ella, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Shila Amzah dan Vanessa. 

Keputusan diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramli. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 19

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 33

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 51

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.