Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Adira Nekad Cerai – Mahu Segera Berakhir
 Adira Nekad Cerai – Mahu Segera Berakhir
Selebriti Semasa

Adira Nekad Cerai – Mahu Segera Berakhir

by VOKALIS 05/03/2024 407

Penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi nekad mahu segala berkaitan kemelut rumah tangganya berakhir dan tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berharap segala kemelut rumah tangganya segera berakhir seperti yang dimahukan.

“Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red masih berharap rumah tangganya masih boleh dipertahankan, selain enggan bercerai demi anak-anak.

“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat. Orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir pengorbanan ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak,” katanya.

Begitupun, Datuk Red yang ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan berlapang dada menerima apa jua keputusan dengan reda.

“Mungkin ini bukan dugaan saya tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu. Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus kepada keluarga.

“Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” katanya.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor atas alasan tiada persefahaman.

Sebelum ini Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 32

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 84

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim

by thevokal 09/10/2025 26

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.