Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kilang Stoking Kalimah Allah Tutup – Naik Notis Minta Maaf
 Kilang Stoking Kalimah Allah Tutup – Naik Notis Minta Maaf
Semasa

Kilang Stoking Kalimah Allah Tutup – Naik Notis Minta Maaf

by VOKALIS 20/03/2024 590

Kilang yang didakwa mengedar stoking tertera kalimah Allah di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat di Johor menutup operasinya hari ini.

Penutupan kilang itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan bila pengoperasian semula syarikat itu akan disambung.

Difahamkan, kilang yang terbabit dalam aktiviti bungkusan dan pengedaran sunyi sepi akibat penutupan dalam satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Pada masa sama, terdapat satu kain rentang digantung pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan tulisan Allah yang ditemukan di kedai serbaneka KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di kain rentang terbabit.

Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan menyenaraikan tiga perkara utama antaranya berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 17

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 21

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 258

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.