Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sahur Terakhir – Pelajar Kolej Komuniti Maut Kemalangan
 Sahur Terakhir – Pelajar Kolej Komuniti Maut Kemalangan
Semasa

Sahur Terakhir – Pelajar Kolej Komuniti Maut Kemalangan

by VOKALIS 21/03/2024 575

Sahur terakhir. Demikian takdir bagi seorang penutut Kolej Komuniti Jasin yang terbunuh apabila motosikal ditunggang, terbabas di Jalan Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka pagi tadi.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, pelajar semester 1 berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Merlimau, selepas bersahur di sebuah gerai bersama seorang rakan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa, Ibrahim Mohd Adham, 19, yang menunggang Yamaha Lagenda 115Z dari arah Sungai Rambai menghala ke Merlimau.

Beliau berkata, siasatan mendapati, rakan mangsa yang menunggang motosikal berasingan berada jauh di hadapan dan tidak perasan kemalangan itu.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan dia tercampak beberapa meter ke tepi jalan.

“Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Jamil, sewaktu kejadian, mangsa yang berasal dari Bangi, Selangor, menunggang motosikal dipinjam daripada rakan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 18

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 20

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.