Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Yayasan PEKEMA Bawa Shopping Raya – Rai 250 Anak Yatim Dan Tahfiz
 Yayasan PEKEMA Bawa Shopping Raya – Rai 250 Anak Yatim Dan Tahfiz
Santai

Yayasan PEKEMA Bawa Shopping Raya – Rai 250 Anak Yatim Dan Tahfiz

by VOKALIS 21/03/2024 595

Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) meraikan seramai 250 anak-anak asnaf dan tahfiz dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya di Pusat Beli-Belah Mydin, baru-baru ini.

Program amal yang dianjurkan secara tahunan itu menjadi antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PEKEMA yang bertujuan berkongsi rezeki dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Hari Raya.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata program tersebut memberi penumpuan kepada anak-anak asnaf dan tahfiz bagi berkongsi rezeki dan menyuntik kegembiraan ketika mereka menyambut perayaan.

Katanya, pihak Yayasan PEKEMA ingin berkongsi rezeki dengan menyediakan persiapan raya supaya mereka juga dapat menikmati suasana di Hari Raya pada tahun ini dengan lebih ceria dan bahagia.

“Mereka yang terdiri daripada 250 anak-anak asnaf dan tahfiz menerima sumbangan baucar bernilai RM200 setiap seorang untuk membeli kelengkapan baju raya. Program yang dijalankan Yayasan PEKEMA ini adalah sebagai satu usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat, ” katanya.

Nazari berkata, anak-anak asnaf dan tahfiz yang diraikan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU mata), Anak-anak Kampung Lanchong, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum dan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Kg Paya Beranang.

“Selain program shopping raya, Yayasan PEKEMA turut mengadakan majlis iftar bersama anak-anak asnaf, tahfiz dan para jemaah di Masjid Muhammadi, Kuala Lumpur,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 111

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.