Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 April 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 April 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 April 2024

by VOKALIS 06/04/2024 195
  1. Zaquan Adha Lapor Polis – Dakwa Difitnah Rita Rudaini

Dituduh batu api dalam rumah tangga abang kembarnya dengan pelakon Rita Rudaini, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Menurut Zaquan, tindakan tegas diambil berhubung dakwaan berunsur fitnah dilemparkan bekas kakak iparnya itu.

“Saya baru selesai buat laporan polis berkenaan Instagram Story yang dikeluarkan Rita Rudaini kerana bagi saya itu berunsur fitnah yang melibatkan saya dan keluarga.

  1. Baru Ingat Keluarga? – Keluarga Bidas Bella Astillah

“Kau lebih pilih dia dan sanggup hilang keluarga.”

Itu antara pendedahan seorang wanita bernama Aira Rasyida, dipercayai ahli keluarga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang tampil mempertahankan tuduhan ke atas adiknya, Eriqa Astillah.

Menerangkan situasi sebenar yang berlaku selepas Bella membuka mulut, Aira seolah-olah meluahkan rasa geram dan marah dengan menyifatkan Bella sebagai artis bodoh kerana mempertahankan suami yang disifatkan bernafsu buas, berbanding ahli keluarga sendiri.

  1. Tiga Kali Ganda Kenderaan Masuk Johor – Sejak Semalam Sempena Raya

Lebih 300,000 kenderaan termasuk dari Singapura memasuki negeri ini semalam, susulan bermulanya cuti Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, jumlah itu meningkat tiga kali ganda berbanding hanya kira-kira 100,000 kenderaan memasuki negeri ini sehari pada hari biasa.

Katanya, kesesakan dan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya dan jalan-jalan negeri berlaku bermula semalam, susulan anak perantau mula pulang ke kampung.

  1. Aliran Trafik Perlahan – Semua Lebuh Raya Utama

Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri.

Setakat 3.30 petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan dari Gombak menghala ke Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kawasan pendakian menghala terowong Genting Sempah disebabkan sebuah treler rosak di Kilometer 35.3.

  1. MPV Langgar Jengkaut – Tujuh Sekeluarga Cedera

Tujuh sekeluarga cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka melanggar jengkaut di Kilometer 21 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, dekat Ladang Arcadia, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, hasil siasatan awal di lokasi mendapati, kejadian membabitkan seorang lelaki pemandu jengkaut berusia 63 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Kayan ke arah Sitiawan.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah MPV jenis Vellfire dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari arah belakang dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang jengkaut secara mengejut. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 239

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 392

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 259

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.