Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 7 April 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 7 April 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 7 April 2024

by VOKALIS 07/04/2024 499
  1. Jenama Kasut Logo Mirip Allah – Polis Buka Kertas Siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan jenama kasut memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun di Pulau Pinang.

Katanya, pengadu menyatakan pada pukul 4.32 pagi terlihat satu hantaran di Facebook dibuat berkaitan satu bentuk penghinaan ke atas kalimah Allah.

  1. Cuaca Panas 40 Darjah Celcius Di Utara – Sehingga 1 Syawal

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu dan tahap dua dengan suhu maksimum harian diantara 35 hingga 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan di bahagian utara Semenanjung sehingga 1 Syawal ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 40 darjah Celsius itu berlaku di keseluruhan negeri Perlis dan Kedah melibatkan Padang Terap dan Baling serta Hulu Perak.

“Dalam pada itu, manakala cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius juga melanda di kebanyakan kawasan di negeri Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, dan Sik serta Seberang Perai Utama dan Timur Laut, Pulau Pinang.

  1. Arab Saudi Lihat Anak Bukan Esok – Tentukan Syawal Selasa Atau Rabu

Mahkamah Tinggi Arab Saudi menyeru semua umat Islam negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada esok bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri, lapor laman berita Arab News.

Dalam pengumumannya, mahkamah meminta mana-mana individu yang melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar atau menerusi teleskop supaya melaporkannya ke mahkamah atau pusat pentadbiran terdekat.

Ramadan di kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi bermula pada 11 Mac lalu.

  1. Cahaya Aidilfitri – 163 Banduan Penjara Marang Dilepaskan

163 banduan Penjara Marang dilepaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBLS) Ihsan Madani – Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut Rabu depan.

Pengarah Penjara Terengganu, Hamid Taha berkata, pembebasan berusia lingkungan 23 dan 55 tahun tersebut memberi ruang kepada mereka menyesuaikan diri dengan komuniti sebelum dibebaskan mengikut tempoh sebenar berakhirnya hukuman.

Beliau berkata, kesemua banduan yang dilepaskan berkenaan kesalahan-kesalahan kecil seperti mencuri di kedai runcit, menceroboh kawasan larangan dan memiliki dadah dalam amaun rendah.

  1. Muaz Zabir Tiada Niat – Akui Pernah Jalin Hubungan

“Tiada niat memporak-perandakan rumah tangga orang.”

Demikian respons pelakon Muaz Zabir apabila namanya terheret sama dalam kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Muaz atau nama penuhnya, Muaz Mohamad Zabir, 27, mengakui pernah menjalin hubungan dengan Bella untuk mencetuskan rasa cemburu Aliff. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 28

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 20

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 275

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.