Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Azharina, Ustaz Shahrin Dan Daging Taucu – Meriahkan Syawal Di The Vokal
 Azharina, Ustaz Shahrin Dan Daging Taucu – Meriahkan Syawal Di The Vokal
Santai Semasa

Azharina, Ustaz Shahrin Dan Daging Taucu – Meriahkan Syawal Di The Vokal

by VOKALIS 08/04/2024 661

The Vokal Production tampilkan tiga rancangan khas di platform YouTube sempena sambutan Syawal pada kali ini.

Program Sempat Je Masak yang keudara sepanjang Ramadan bakal tampil dengan episod kemuncak menampilkan penyanyi terkenal Azharina Azhar sebagai tetamu.

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu akan muncul bersama pengacara Khai Artzfar yang memasak menu lontong goreng dalam rancangan tajaan Hotel Tenera, Adabi, Faiza dan Cef Ammar itu.

Azharina juga bakal tampil bersama beberapa kenalan termasuk wartawan Sudirman Tahir pada episod khas itu.

Penyanyi berasal dari Sabah itu juga akan berborak mengenai dirinya dan memori menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Podcast Ustaz Healing Shahrin juga akan bersiaran dalam episod khas sempena Syawal menampilkan ustaz bersama hos Abang Wan dan Kak Su.

Ustaz juga ditemani isteri serta keluarga dan jemputan, bersembang sempena sambutan Aidilfitri.

Pelbagai tips dan amalan menarik turut dikongsikan Ustaz Shahrin pada podcast khas itu untuk semua yang menonton.

The Vokal juga menampilkan satu epsiod khas menu istimewa sempena Syawal iaitu Daging Masak Taucu.

Resipi khas ini dibawakan secara eksklusif dari Batu Gajah Perak yang dimakan dengan lemang.

Anda boleh cuba menu istimewa ini untuk hidangan pagi raya berbanding rendang yang sudah menjadi sinonim.

Semua rancangan ini boleh ditonton di YouTube The Vokal Production bermula malam ini.

Mereka yang menonton juga berpeluang memenangi hadiah berupa barangan tajaan Adabi dan Faiza serta tiket wayang menerusi satu kuiz yang akan dijalankan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 8

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.