Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Astro Sajikan Drama Air Mata – Kembali Fenomena Pondok Buruk
 Astro Sajikan Drama Air Mata – Kembali Fenomena Pondok Buruk
Santai Semasa

Astro Sajikan Drama Air Mata – Kembali Fenomena Pondok Buruk

by VOKALIS 09/04/2024 590

Astro pernah muncul dengan koleksi telefilem air mata hebat setiap kali sambutan Syawal yang membuatkan pelanggannya ternanti naskhah berkenaan saban tahun.

Syawal kali ini, Astro menerusi siaran Astro Ria mempertaruhkan tiga drama air mata pada tiga malam sambutan Aidilfitri bagi mengimbau drama-drama hebat terbitan mereka seperti Pondok Buruk.

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata tiga naskhah yang dipilih kali ini juga bakal menjentik emosi penonton.

“Kita akui hal itu dan memang ada permintaan untuk drama air mata seperti yang semua tahu. Kali ini kami tampilkan kisah termasuk kisah suami isteri yang seorang daripadanya hilang ingatan.

“Juga drama pengorbanan adik beradik serta kesilapan dalam kehidupan yang dilakukan,” katanya kepada The Vokal pada sesi prebiu Rancangan Syawal Astro baru-baru ini.

Tiga drama berkenaan ialah Hijab Pendosa, Pinggan Retak Di Tapak Tangan dan Kurung Kerawang Untuk Adik di mana kesemuanya akan ditayangkan pada jam 11 malam selama tiga hari berturut-turut bermula Syawal pertama.

Drama-drama berkenaan juga menampilkan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Shafie Naswip dan Noor Khiriah.

Selain itu juga Astro menerusi platform digitalnya, Gempak bakal menampilkan rancangan No Filter sebuah bual bicara santai yang dihoskan oleh Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom.

Rancangan ini menampilkan 10 selebriti sensasi dan kontroversi yang akan menjawab soalan panas secara spontan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 11

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 13

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.