Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Momen Indah Syawal Adira – Jejak Kaki Di Mekah
 Momen Indah Syawal Adira – Jejak Kaki Di Mekah
Selebriti Semasa

Momen Indah Syawal Adira – Jejak Kaki Di Mekah

by VOKALIS 16/04/2024 566

Rezeki dijemput menjadi tetamu Allah menjadi momen bermakna bagi penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi, lebih-lebih lagi dalam bulan meraikan kemenangan di Syawal ini.

Adira, 33, mengakui teruja menjejakkan kaki ke Mekah buat kali pertama bagi menunaikan ibadah umrah pada hari raya kelima.

Dia yang juga bergelar usahawan menganggap peluang mengerjakan umrah pada bulan Syawal sebagai rezeki dan enggan melepaskan peluang keemasan itu.

“Alhamdulillah diatas peluang yang diberikan ini, saya berangkat ke Makkah menunaikan umrah. Jadi hanya empat hari sahaja masa yang dapat diluangkan bersama keluarga.

“Sukar untuk saya kongsikan ketenangan dan kegembiraan dapat menjejakkan kaki ke sini. Saya pergi bersama kawan-kawan sebab masa raya ini sahaja saya ada cuti panjang sikit. Kalau ikutkan jadual saya memang padat, jadi bila ada masa saya terus buat keputusan untuk pergi,” katanya.

Dalam pada itu, Adira berharap dia dapat memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang di Mekah tanpa memikirkan masalah lain.

Sebelum ke Tanah Suci, Adira memberitahu dia meraikan Aidilfitri terlebih dahulu bersama keluarga di Kuching, Sarawak. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 125

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 142

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 136

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.