Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ate Kome Bil Ayor Naik – Tarif Baharu Air Di Perak
 Ate Kome Bil Ayor Naik – Tarif Baharu Air Di Perak
Semasa

Ate Kome Bil Ayor Naik – Tarif Baharu Air Di Perak

by VOKALIS 18/04/2024 393

Tarif baharu air bagi kategori domestik di Perak akan dinaikkan pada kadar lima sen bagi setiap meter (m) padu bermula 1 Mei ini.

Penetapan kadar tarif air baharu di Perak adalah jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Pejabat Menteri Besar Perak menerusi kenyataan berkata, peningkatan kadar lima sen itu sekali gus menunjukkan peningkatan kepada 75 sen setiap m padu, berbanding 70 sen, membabitkan penggunaan sehingga 20 m padu sebulan.

Katanya, manakala, caj bagi penggunaan 21 hingga 35 m padu sebulan ditetapkan pada kadar RM1.08, berbanding RM1.03 sebelum ini, juga menunjukkan peningkatan lima sen per m padu.

Menurutnya, bagi mengurangkan kesan perubahan tarif kepada pengguna domestik, Lembaga Air Perak (LAP) turut memberikan rebat pada kadar 40 sen setiap meter padu bagi penggunaan sehingga 10 m padu pertama sebulan iaitu bersamaan RM4 sebulan.

Dengan rebat berkenaan, katanya kadar purata tarif bagi penggunaan sehingga 20 m padu dapat dikurangkan kepada hanya 55 sen bagi setiap m padu berbanding 75 sen sekiranya tanpa rebat.

“Caj minimum bagi penggunaan domestik pula adalah RM7.50 sebelum mengambil kira pemberian rebat. Selepas mengambil kira rebat, caj minimum adalah RM3.50 berbanding kadar sekarang iaitu RM3,” kata kenyataan itu hari ini

Menurutnya lagi, penetapan tarif baharu berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan program air percuma 25 m padu sebulan untuk golongan sasar, dan program air percuma 20 m padu untuk rumah ibadat.

“Penetapan baharu tarif air itu adalah yang pertama selepas 18 tahun apabila kali terakhir pindaan dilakukan pada 2006,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 145

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 148

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 133

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.