Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tiga Maut – Helikopter ATM Bertembung
 Tiga Maut – Helikopter ATM Bertembung
Semasa

Tiga Maut – Helikopter ATM Bertembung

by VOKALIS 23/04/2024 638

Difahamkan sekurang-kurangnya tiga terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, helikopter berkenaan dipercayai sedang menjalani latihan.

Screenshot

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurut Pegawai Operasi JBPM Perak, Saiful Rizan Sulaiman berkata, berdasarkan laporan dua helikopter bertembung dan terhempas di lokasi.

“Helikopter pertama jenis AS5530 membabitkan tiga mangsa dengan dua daripadanya sudah keluar manakala seorang tersepit.

“Namun ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

“Helikopter kedua jenis Pheonix (AW1139) membabitkan tujuh mangsa dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, TLDM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 6

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 14

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.