Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Nora Danish Akui Tinggal Berasingan – Mahu Cari Ruang Perbaiki Keadaan
 Nora Danish Akui Tinggal Berasingan – Mahu Cari Ruang Perbaiki Keadaan
Selebriti Semasa Sensasi

Nora Danish Akui Tinggal Berasingan – Mahu Cari Ruang Perbaiki Keadaan

by VOKALIS 29/04/2024 424

Pelakon Nora Danish mengakui kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya Nedim sejak tiga bulan lalu.

Nora berkata, dia dan suami memilih untuk tinggal berasingan dalam usaha mencari ruang bagi memperbaiki rumah tangga mereka.

“Saya tak nak menidakkan kita manusia biasa tak dari lagi kesilapan dah tujuh tahun berkahwin memang ada pergolakkan tapi kami cuba menanganinya dengan sebaik mungkin.

“Hubungan kami baik-baik saja ada jumpa hari-hari dan baru-baru ini juga kami bercuti bersama anak-anak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Syawal 4ward.

Bercerita lanjut, Nora berkata keputusan itu juga dalam usaha bagi memperbaiki keadaan supaya saling hormat menghormati lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan anak-anak,” katanya.

Bakal muncul dengan filem Terkutuk, Nora mengakui usia rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun dulu berdepan dengan masalah terutamanya berkaitan soal persefahaman antaranya dengan suami.

“Biasalah sama juga seperti rumah tangga lain akan ada pasang surut yang pastinya bukan membabitkan orang ketiga,” katanya.

Nora pada masa turut menyerahkan soal rumah tangga mereka mengikut aturan Tuhan.

“Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sesamg direnovasi, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.

“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” katanya.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 390

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.