Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bomoh Kena Sebat Dan Penjara – Mengaku Salah Rogol, Amang Seskual
 Bomoh Kena Sebat Dan Penjara – Mengaku Salah Rogol, Amang Seskual
Semasa

Bomoh Kena Sebat Dan Penjara – Mengaku Salah Rogol, Amang Seskual

by VOKALIS 29/04/2024 618

Seorang bomoh dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar, hari ini selepas mengaku salah atas empat pertuduhan amang seksual dan rogol remaja perempuan dua tahun lalu.

Zemi Ibrahim, 51, membuat pengakuan itu selepas kes disebut semula di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tukang rumah yang juga jurulatih Muay Thai itu didakwa melakukan amang seksual dan merogol remaja perempuan dalam tandas rumah mangsa di Pagoh, sejak 2022 ketika mangsa ingin mendapat rawatan membuang sihir sehingga mangsa hamil.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 14 tahun ketika itu dalam tandas sebuah rumah di Pagoh, dekat sini, pada November 2022.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, dia didakwa merogol mangsa sejak April hingga Julai tahun lalu, dengan kejadian berlaku di tempat sama. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, keluarga mangsa mengenali tertuduh melalui bapa saudaranya yang dikatakan mampu merawat sihir.

Tertuduh kemudian bertandang ke rumah mangsa dan meminta merawatnya serta arwah bapanya yang turut terkena sihir.

Ketika itu, mangsa diarahkan memasuki bilik air yang terletak di luar rumah dengan tujuan untuk mandi air jampi yang mengandungi bunga, limau purut dan sebagainya.

Bagaimanapun, ketika merawat, tertuduh mengambil kesempatan melakukan amang seksual sebelum merogolnya, dengan perbuatan itu berlarutan sehingga Julai tahun lalu.

Mangsa mengetahui dia dirogol selepas mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September tahun lalu, sebelum membuat laporan kejadian pada 27 Oktober.

Pada masa sama, tertuduh disahkan hamil selepas tidak datang bulan sejak Ogos 2023. Malah, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas kandungan mangsa berpadanan sampel diambil daripada tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua hingga keempat, masing-masing 10 tahun serta tiga sebatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Malaysia-Perancis buka lembaran baharu, hubungan dinaik taraf

by VOKALIS 17/11/2026 12

MALAYSIA dan Republik Perancis melakar satu lagi perkembangan penting dalam hubungan diplomatik apabila kedua-dua

Semasa

Lokasi panas banjir kilat di KL turun

by VOKALIS 17/11/2026 16

USAHA mitigasi banjir kilat di ibu negara menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah lokasi panas

Semasa

Dr Sam hargai komitmen PEJUANG demi masa

by VOKALIS 17/11/2026 15

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada Presiden

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.