Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sektor Swasta Perlu Hargai Pekerja – Tawar Kadar Upah Lebih Baik
 Sektor Swasta Perlu Hargai Pekerja – Tawar Kadar Upah Lebih Baik
Semasa

Sektor Swasta Perlu Hargai Pekerja – Tawar Kadar Upah Lebih Baik

by VOKALIS 01/05/2024 195

Perdana Menteri, mahu sektor swasta yang mencatat keuntungan tinggi untuk memberikan layanan sama kepada pekerja dengan menawarkan kadar upah lebih baik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu diambil kira berdasarkan pengumuman kerajaan kepada penjawat awam dengan meningkatkan gaji penjawat awam selepas kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanakan selepas 12 tahun.

“Saya mahu jelaskan sektor swasta yang catat untung baik, dapat faedah (menguntungkan) apa apa yang diumum (naik gaji penjawat awam) patut didengar swasta supaya berikan layanan yang sama,” katanya dalam sambutan Hari Pekerja 2024.

Terdahulu pada majlis sama, PMX mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Katanya, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar tersebut akan lebih tinggi daripada itu.

Tambah Anwar, pendapatan minimum penjawat awam beserta elaun ditetapkan pada RM2,000 melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM10 bilion. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 257

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 411

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 273

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.