Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Amukan Gajah Liar – Wanita Patah Tulang Rusuk
 Amukan Gajah Liar – Wanita Patah Tulang Rusuk
Semasa

Amukan Gajah Liar – Wanita Patah Tulang Rusuk

by VOKALIS 09/05/2024 578

Seorang wanita mengalami kecederaan patah tulang rusuk apabila disondol seekor gajah liar seberat satu tan.

Gajah liar berkenaan dikatakan menyerang hendap mangsa berhampiran ladang getah di Aring 8, Gua Musang, Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kes serangan gajah liar (Elephas maximus) itu dilaporkan berlaku jam 8 pagi, Jumaat lalu.

Bagaimanapun menurutnya, kes itu hanya dilaporkan kepada Perhilitan oleh pekerja ladang getah itu pada pagi kelmarin,.

“Mangsa serangan membabitkan pasangan suami isteri warga Myanmar masing-masing berusia 42 dan 45 tahun.

“Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku ketika pasangan itu sedang menoreh getah sekitar jam 8 pagi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa lelaki mendakwa ternampak seekor gajah liar di seberang jalan berada berdekatan dengan isterinya pada jarak kurang 10 meter.

“Wanita terbabit kemudian cuba melarikan diri namun dikejar dan diserang gajah liar itu.

Gambar hiasan

“Suami mangsa kemudian cuba menghalau gajah berkenaan dengan membuat bunyi bising sebelum gajah liar itu melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

“Mangsa dan suami kemudian mendapatkan pertolongan daripada pihak pengurusan ladang,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Berdasarkan laporan diterima, mangsa wanita itu mengalami kecederaan pada tubuh termasuk patah tulang rusuk akibat di sondol gajah liar itu.

“Mangsa masih lagi dirawat di Hospital Gua Musang berikutan turut mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 40

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 40

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 44

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.