Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Selamat Maju Jaya – Salah Ucap Pada Klopp
 Selamat Maju Jaya – Salah Ucap Pada Klopp
Stadium

Selamat Maju Jaya – Salah Ucap Pada Klopp

by VOKALIS 21/05/2024 578

Bintang bola sepak berasal daripada Mesir, Mohamed Salah memberi penghormatan kepada Jurgen Klopp di media sosial selepas pengurus itu menamatkan tugasnya di Liverpool selepas perlawanan terakhir musim ini Ahad lalu.

Pengendali Jerman itu menamatkan kariernya sebagai pengendali The Reds dengan kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Wolverhampton Wanderers di Anfield dan membuat ucapan perpisahan yang penuh emosi.

Penyerang Mesir itu menghabiskan beberapa tahun berada di bawah kendalian Klopp di Liverpool, menyatakan harapannya untuk mereka kembali bekerjasama pada masa hadapan.

Salah, 31, di laman sosial X berkongsi gambar mereka bersama-sama di padang latihan, dan mesej: “Seronok berkongsi semua trofi dan pengalaman itu dengan anda sepanjang tujuh tahun yang lalu.

“Saya ucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan kepada anda dan semoga kita berjumpa lagi.”

Salah menyertai Liverpool pada Jun 2017, dua tahun selepas Klopp menjadi pengurus kelab itu dan menjadi salah satu penjaring gol terhebat Liga Perdana.

Bersama-sama, mereka memenangi Liga Juara-Juara pada 2019, kejuaraan Liga Perdana pada 2020, serta lima lagi trofi domestik dan antarabangsa sepanjang mereka bersama di Anfield dengan Klopp boleh dikatakan mampu mendapatkan yang terbaik daripada pemain Mesir itu.

Liverpool mengesahkan pengendali Feyenoord, Arne Slot akan menggantikan Klopp dan mengambil alih sebagai ketua jurulatih mulai awal musim depan dengan perjanjian yang dipercayai akan berlangsung sehingga 2027. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 47

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 46

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 53

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.