Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat
 Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat
Semasa

Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat

by VOKALIS 21/05/2024 451

Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira 8 malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam semalam.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 25

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 43

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

Selebriti

FFM34: Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan

by thevokal 01/11/2025 53

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) tahun ini memperlihatkan senarai calon yang cukup pelbagai,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.