Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Semangat Solidariti Palestin – Rossa Kagum Kesungguhan Rakyat Malaysia
 Semangat Solidariti Palestin – Rossa Kagum Kesungguhan Rakyat Malaysia
Selebriti Semasa

Semangat Solidariti Palestin – Rossa Kagum Kesungguhan Rakyat Malaysia

by VOKALIS 27/05/2024 210

Penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa melahirkan rasa kagum terhadap kesungguhan solidariti rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Palestin.

Penyanyi lagu Perawan Cinta itu berkata suasana gerakan itu dirasakan di negara ini termasuk berkaitan gerakan Blockout 2024.

“Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia.

“Di Indonesia ada sebahagian masyarakat yang mempunyai pemikiran masing-masing,” katanya.

Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Rossa memberitahu biarpun gerakan boikot tidak terlalu kuat di Indonesia kerana jumlah rakyat yang lebih ramai namun mereka tidak terlepas dalam menunjukkan solidariti terhadap saudara Islam di Palestin.

“Namun itu tidak bermakna mereka tidak menyokong saudara Islam di Palestin. Mereka juga mempunyai sikap solidariti yang tinggi.

“Setiap hari minggu di Indonesia selalu ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin,” katanya.

Rossa bagaimanapun memaklumkan dia tidak mempromosikan jenama produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

“Saya tidak lagi mempromosi barangan jenama pro Israel tetapi kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat dalam menghadiri acara mereka,” katanya.

Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel di media sosial milik mereka. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 390

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.