Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tidak Berada Pada Ketinggian Ditetapkan – Antara Punca Nahas Helikopter TLDM
 Tidak Berada Pada Ketinggian Ditetapkan – Antara Punca Nahas Helikopter TLDM
Semasa

Tidak Berada Pada Ketinggian Ditetapkan – Antara Punca Nahas Helikopter TLDM

by VOKALIS 30/05/2024 224

Faktor utama nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pada 23 April lalu dikenal pasti akibat salah satu pesawat berkenaan tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.

Malah, pesawat Fennec terbabit dikatakan memasuki laluan pesawat AW139 yang turut menjadi punca utama nahas berkenaan yang mengorbankan 10 nyawa.

TLDM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan faktor lain mendorong nahas itu berlaku adalah ‘channelized attention’ oleh kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran.

“Lembaga Siasatan melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca atau faktor yang menyumbang kepada insiden terbabit dalam pelbagai aspek.

“Ini termasuk semula profil penerbangan pada hari kejadian dengan mensimulasikan profil itu menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.

“Selain itu, bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter juga diambil kira sekiranya terdapat data-data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dilaksanakan secara komprehensif, Lembaga Siasatan mendapati laporan autopsi mengesahkan bahawa tiada isu ‘hypoglycemia’ (keadaan kekurangan kepekatan glukosa di dalam darah) atau unsur-unsur ‘fatigue’ (kepenatan) terhadap semua kru udara serta tiada penggunaan bahan terlarang.

“Selain itu, tiada unsur ‘mental illness’ (penyakit mental) direkodkan atau dikenal pasti dengan kesemua kru udara terbabit disahkan secara perubatan sebagai ‘fit to fly’ (cergas untuk melakukan penerbangan).

“Kematian kesemua 10 mangsa adalah berpunca daripada ‘multiple injuries due to aviation crash’ (pelbagai kecederaan disebabkan kemalangan penerbangan).

“Pesawat AW139 disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan Laporan Analisis Kotak Hitam,” katanya.

Katanya, pesawat Fennec juga ditentukan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi.

“Kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak pengeluar peralatan tulen (OEM).

“Sampel minyak, pelincir dan bahan api sudah diperiksa dan disahkan normal oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE),” katanya.

Malah, katanya, keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Laporan Analisis Kotak Hitam pesawat AW139 turut digunakan untuk membantu siasatan.

“Bagi pesawat Fennec pula, pembuktian profil penerbangan adalah melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar,” katanya.

Menurutnya, kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter turut dirujuk bagi membantu siasatan.

“Airbus Helicopter mengesahkan bahawa tiada peralatan yang mempunyai Non-Volatile Memory (NVM) (peranti ingatan tak meruap) di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 256

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 410

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 271

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.