Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bas Ekpres Rempuh Treler – Pemandu Tersepit, Empat Cedera
 Bas Ekpres Rempuh Treler – Pemandu Tersepit, Empat Cedera
Semasa

Bas Ekpres Rempuh Treler – Pemandu Tersepit, Empat Cedera

by VOKALIS 31/05/2024 450

Lima individu termasuk dua wanita mengalami kecederaan apabila sebuah bas ekspres yang dinaiki mereka, merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 290 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Ipoh, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat orang penumpang cedera.

“Bas yang membawa 26 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera, sebelum mereka dihantar ke hospital yang berhampiran untuk menerima rawatan selanjutnya.

Beliau berkata mangsa yang tidak cedera dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres lain dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.45 pagi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang

by thevokal 22/10/2025 47

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa berita gembira kepada peminat muzik serantau apabila

Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 77

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 61

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.