Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia
 Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia
Semasa

Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia

by VOKALIS 24/11/2026 34

SASTERAWAN Negara, Datuk Seri A Samad Said menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun, kira-kira jam 6.10 petang Selasa.

Berita pemergian tokoh sastera tanah air itu disahkan anaknya, Helmy Abdul Samad menerusi satu perkongsian di Threads.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad petang Isnin akibat sakit tua, selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia kesusasteraan negara, khususnya dalam bidang penulisan novel, puisi, drama dan esei.

A Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said dilahirkan di Melaka dan merupakan Sasterawan Negara keempat yang menerima pengiktirafan berprestij itu pada 1985.

Antara karya agung yang mengangkat namanya termasuk novel Salina (1961), Sungai Mengalir Lesu (1967), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1987), selain kumpulan puisi Liar di Api.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia sastera, Allahyarham menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pejuang Sastera pada 1976, SEA Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Beliau turut dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997.

Jasa dan sumbangan Allahyarham dalam memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu akan terus dikenang generasi akan datang. – THE VOKALĀ 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Karya Salina, perjuangan bahasa Melayu terus hidup

by VOKALIS 24/11/2026 22

NAMA Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said akan terus terpahat dalam sejarah kesusasteraan

Semasa

PMX titip doa buat Sasterawan Negara A.

by VOKALIS 24/11/2026 33

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan

Semasa

Ujian MySiren 29 November, Fahmi minta orang

by VOKALIS 24/11/2026 39

ORANG ramai diminta tidak panik sekiranya menerima notifikasi amaran berlabel ujian pada Ahad ini,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.