Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Empat Bintang Hebat Kongsi Satu Pentas – Konsert Divas &Diamonds 2024 Turut Bantu Palestin
 Empat Bintang Hebat Kongsi Satu Pentas – Konsert Divas &Diamonds 2024 Turut Bantu Palestin
Selebriti Semasa

Empat Bintang Hebat Kongsi Satu Pentas – Konsert Divas &Diamonds 2024 Turut Bantu Palestin

by VOKALIS 31/05/2024 738

Empat penyanyi hebat bakal berkongsi satu pentas dalam Konsert Divas & Diamonds 2024 yang bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.

Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah bakal bergandingan dengan Datuk Seri Rossa bersama seorang lagi penyanyi hebat yang akan diumumkan kelak.

Lebih menarik, lima peratus dari hasil kutipan konsert anjuran Mega Eve itu akan disalurkan untuk tabung kemanusiaan Gaza, Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn
Bhd, Dr Farhan Razali berkata syarikatnya akan terus menyokong usaha Kerajaan dalam
memperjuangkan nasib rakyat Palestin sambil melaksanakan pelbagai acara pada masa akan
datang.

Setiap penyanyi akan mengadakan konsert dalam tempoh kira-kira setengah jam diiringi live band.

Lebih menarik pentas konsert akan didirikan ditengah-tengah arena untuk memberikan sudut pandang menyeluruh kepada semua yang menonton.

Harga tiket untuk Divas & Diamonds bermula dari RM288 hingga RM888. Untuk membeli
tiket dan untuk segala pertanyaan, sila layari ticket2U.com.

Pengarah projek konsert itu, Aman Ali berkata pihaknya terharu dengan kerjasama artis terbabit termasuk dalam hal berkaitan harga dalam usaha membantu menjayakan tujuan murni konsert berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya juga dapat menawarkan harga tiket berpatutan meskipun menampilkan empat artis hebat dalam industri seni. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 101

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 117

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 114

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.