Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Nur Aqilah Juga Berhak Bahagia – Ditolak Pengurus Perkahwinan Hanya Kerana Saiz Badan
 Nur Aqilah Juga Berhak Bahagia – Ditolak Pengurus Perkahwinan Hanya Kerana Saiz Badan
Semasa Sensasi

Nur Aqilah Juga Berhak Bahagia – Ditolak Pengurus Perkahwinan Hanya Kerana Saiz Badan

by The Vokal 05/06/2024 8490

Betapa sesuatu hal yang menyedihkan, membaca perkongsian laporan ada perancang perkahwinan yang menolak pelanggan hanya kerana saiz badan.

Demikian realiti yang berlaku dalam laporan Harian Metro mengenai seorang wanita yang hampir putus asa apabila ramai perancang perkahwinan enggan membantunya menguruskan acara bermakna dalam hidup itu.

“Bukan semua individu memiliki susuk badan normal dan saya fikir, sekiranya semua orang tidak mahu membuat majlisnya, siapa lagi yang akan buat,” kata perancang perkahwinan, Haffsyah Jamalong.

Haffsyah, 43, berkata, dia sudah mengurus kira-kira 3,000 majlis perkahwinan sebelum ini namun bersyukur kerana menimba pengalaman yang cukup berharga apabila berpeluang untuk mengurus majlis perkahwinan pengantin perempuan yang memiliki berat lebih 200 kilogram.

Pemilik butik andaman Flora Bridal House di Bandar Baru Uda itu yang mesra dengan panggilan Kak Ila berkata, dia antara 50 perancang perkahwinan yang menyertai pameran pengantin di Plaza Angsana pada September tahun lalu sebelum terserempak dengan seorang wanita yang memiliki fizikal agak besar di tepi gerai pameran.

Menurutnya, apabila disapa, wanita itu menyatakan dia masih gagal menempah perkhidmatan perancang perkahwinan walaupun sudah berkunjung ke pameran itu berulang-kali dan berasa agak rendah diri dengan keadaan fizikalnya itu.

Katanya, walaupun menyedari keperluan wanita itu adalah berbeza berbanding pengantin yang memiliki susuk badan normal, dia sanggup memikul cabaran berkenaan kerana tidak sanggup menghampakan impian bakal pengantin itu.

Pengantin berkenaan adalah Nur Aqilah Erman dan Muhammad Afiq Jusoh.

Kongsinya, dia juga bersyukur kerana mendapat kepercayaan pasangan pengantin bagi menawarkan khidmat katering bagi 500 jemputan.

Haffsyah berkata, dia juga bersyukur kerana dapat menaja kad perkahwinan, kek, lukisan inai dan gubahan hantaran percuma ketika hari bersejarah pengantin itu.

“Saya berasa amat selesa dengan sikap kedua-dua mempelai yang tidak banyak kerenah malah memberi kerjasama sepanjang majlis.

“Mungkin fizikalnya berbeza namun dia seorang yang lembut, ceria dan disambut baik oleh keluarga mentua.

“Dia juga menangis kegembiraan kerana tidak sangka ada perancang perkahwinan yang sanggup menawarkan perkhidmatan,” katanya.

Paparan kisah berkaitan pengalaman perancang perkahwinan mengurus majlis pasangan itu menerusi Facebook (FB) semalam, menerima lebih 17,000 reaksi daripada netizen. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 10

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 19

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.