Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Disambung – Enam Hari Tambahan
 Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Disambung – Enam Hari Tambahan
Semasa

Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Disambung – Enam Hari Tambahan

by The Vokal 07/06/2024 687

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, disambung lagi selama enam hari.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili pasangan itu ketika ditemui selepas prosiding di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, perintah reman baharu tersebut dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan tamat pada Rabu.

Terdahulu, prosiding sambung reman pasangan itu ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini berlaku kekecohan apabila ada individu yang menjerit mengatakan “Ini adalah fitnah, selain “Isma, Zaim be strong”.

Pasangan itu dibawa ke mahkamah pukul 9.30 pagi. Hari ini merupakan tamat tempoh reman tujuh hari terhadap pasangan itu selepas mereka ditahan pada Jumaat minggu lalu.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 12

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 27

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 61

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.