Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bulan Bintang Taja Baju 20 Pasangan Pengantin – Bakal Belanja Pakej Bulan Madu Pula
 Bulan Bintang Taja Baju 20 Pasangan Pengantin – Bakal Belanja Pakej Bulan Madu Pula
Semasa Sensasi

Bulan Bintang Taja Baju 20 Pasangan Pengantin – Bakal Belanja Pakej Bulan Madu Pula

by The Vokal 10/06/2024 320

Jenama fesyen terkenal Bulan Bintang bermurah hati menaja baju pengantin 20 Pasangan Asnaf dan Mualaf Sempena Akad 40 baru-baru ini.

Kesemua pengantin berkenaan terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.

“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).

“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.

Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali, Indonesia.

Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, ⁠Alessia, ⁠Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik.

Antara syarat penyertaan ialah pembeli perlu memuat naik satu hantaran bersama kotak Bridal Bulan Bintang mengikut kreativiti di akaun media sosial peribadi dan tag Bulan Bintang HQ di Instagram Story / TikTok berserta hashtag : #BulanBintangWithLove #BulanBintangBridalCollection

Pembeli juga perlu mengisi Google Form menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek3Eej0U1_Ng7nsgecTVbOTZFY3hoxT_5Spz6eAlTigr7lRw/viewform dan isi semua butiran yang berkenaan bagi melayakkan penyertaan.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2024. Sila ikuti perkembangan dari akaun media sosial rasmi Bulan Bintang untuk maklumat lanjut. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 257

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 411

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 273

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.