Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kes Zayn Rayyan: Nasib Ibu Bapa Diketahui Esok
 Kes Zayn Rayyan: Nasib Ibu Bapa Diketahui Esok
Semasa

Kes Zayn Rayyan: Nasib Ibu Bapa Diketahui Esok

by The Vokal 12/06/2024 615

Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui esok, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh atau dilepaskan dengan jaminan polis.

Ini berikutan tempoh reman bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun selama 13 hari itu akan berakhir esok.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) tidak lagi boleh disambung reman sebaliknya hanya boleh dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, pihaknya percaya kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Semua kena bersabar, kita tunggu esok. Kami seperti rakyat Malaysia di luar sana ingin arwah (Zayn Rayyan) dibela dan beri keadilan kepadanya. Itulah kenapa kami semua berada di sini,” katanya dalam sidang media.

Turut hadir, peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada Zayn Rayyan dan ahli keluarga kedua OYDS.

Sementara itu, Mahmud berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.

“Suka atau tidak, esok akan berlaku sama ada pertuduhan ke atas kedua-duanya atau salah seorang. Kalau tidak ada pertuduhan, mereka perlu dilepaskan dengan jaminan polis.

“Esok kita boleh mendengar dan melihat apakah pertuduhan yang dibuat dan hasil siasatan,” katanya.

Terdahulu, polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret di sini dipercayai untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 15

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 31

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.