Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kakak Kisah Realiti Mila Jirin – Abadikan Dalam Drama Pendek Khas
 Kakak Kisah Realiti Mila Jirin – Abadikan Dalam Drama Pendek Khas
Selebriti

Kakak Kisah Realiti Mila Jirin – Abadikan Dalam Drama Pendek Khas

by VOKALIS 18/06/2024 244

Disebalik nama dan kejayaan Mila Jirin, dia juga sebenarnya sama seperti kebanyakkan insan yang berakit-rakit ke hulu, dan berenang-renang ke tepian, melalui kepayahan sebelum bertemu kesenangan.

“Makan nasi dengan minyak ikan itu biasa, makan nasi dengan air garam itu biasa.

“Rumah tanpa elektrik hanya lampu gaselin menemani kami. Bumbung rumah bocor bila hujan lebat mesti penuh dalam rumah dengan baldi atau periuk. Sebagai kakak sulung waktu itu dah boleh berfikir dan menyaksikan pengorbanan mak ayah dalam membesarkan kami adik beradik,” kata bekas juara program realiti Akademi Fantasia itu.

Lantaran itu, usahawan popular perniagaan katering dan acara itu Lantaran itu, Mila mahu mengabadikan kisah berkenaan menerusi cerita pendek berjudul ‘KAKAK’ yang juga karya istimewa sempena Hari Raya Aidiladha dan akan ditayangkan di semua platform media sosial Bizmilla Wedding Centre dan Mila Jirin pada 16 Jun lalu.

‘KAKAK’ adalah sebuah cerita tentang pengorbanan seorang kakak yang menyaksikan kesukaran mak dan ayah dalam membesarkan anak-anak dan mencari rezeki demi keluarga.

Kisah ini menceritakan pengalaman sebenar hidup Mila sebagai kakak sulung yang memahami kesukaran ibu bapanya dan disebabkan itu beliau membuat keputusan besar dalam hidup walaupun ia amat sedih.

Dengan keputusan itu, dia tetap berkorban demi membantu keluarga mencari rezeki bersama ibu bapanya dalam membesarkan adik-beradik.

“Tujuan utama penghasilan cerita pendek ‘KAKAK’ adalah untuk memberi inspirasi kepada semua bahawa di sebalik setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

“Kesulitan yang kita hadapi adalah yang mengajar kita erti kehidupan sebenar dan menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk berjaya,” jelas Mila.

Cerita pendek itu ditulis oleh Mila dan diterbitkan pasukan media dari BIZMILLA sebagai karya istimewa sempena Aidil Adha selain diarahkan oleh Wan Ahmad Adlan serta dibantu oleh Hayati Hashim.

Mila juga meluahkan rasa gembira kerana ibu (Reena Haron) serta bapanya (Jirin) dan adik (Effa Jirin) serta anak buah beliau (Suffiya) turut bersetuju untuk bersama-sama dalam menjayakan penggambaran ini. Dengan penglibatan mereka, ia telah memberikan kesan yang lebih mendalam kepada penghayatan serta penyampaian cerita ini.

“Kami berharap sedikit input dari cerita pendek tentang kehidupan kami ini dapat memberikan suntikan semangat terutama kepada mereka yang sedang diuji Allah dengan kesempitan kehidupan, masalah kewangan, dan dalam perjuangan membesarkan anak-anak.

“Perkara penting yang saya pelajari dalam kehidupan saya adalah ‘Milik kita manusia adalah usaha, hasil dan keputusan adalah milik Allah’ kerana Allah maha tahu yang terbaik buat hamba-Nya,” tambah Mila. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 242

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 396

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 263

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.