Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Fitnah Produk Membuta Tuli – K-Colly Tegas Ambil Tindakan Undang-Undang
 Fitnah Produk Membuta Tuli – K-Colly Tegas Ambil Tindakan Undang-Undang
Semasa

Fitnah Produk Membuta Tuli – K-Colly Tegas Ambil Tindakan Undang-Undang

by VOKALIS 19/06/2024 185

Jenama produk makanan kesihatan tambahan K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu kerana mendakwa produk tersebut menjejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.

Tuduhan itu telah dimuat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.

Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain tindakan ini diambil bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.

‘’Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas. Jadi, pihak kami memandang serius akan perkara ini,” kata Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zilkifli Hussain pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Sementara itu, peguam yang mewakili K-Colly, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates berkata pihaknya sedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalani siasatan secara terperinci terhadap dua individu tersebut.

“Pihak K-Colly telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, di pihak K-Colly kami mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.

“Pihak K-Colly juga dalam proses untuk mengeluarkan mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) selepas raya Aidiladha ini dan jika tiada kerjasama daripada pihak mereka kami akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Azreen.

Dalam pada itu, Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial. Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan produk K-Colly telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).

“Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu, produk K-Colly selamat untuk dimakan.

“Dalam video yang viral individu itu menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan, produk yang dituduh tidak mengandungi kologen.

“Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa dia mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk K-Colly tiada racun,” ujar Dr. Redza.

Dalam masa yang sama K-Colly juga turut memperkenalkan duta baru, pempegaruh popular Dahlia Rizal dan pada majlis yang sama pihak K-Colly turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat di Palestin.

Bukan itu sahaja sempena sambutan Aidiladha pihak K-Colly turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di persekitaran masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 242

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 396

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 263

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.