Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tabung Haji tidak iktiraf pengendali perkhidmatan badal haji
 Tabung Haji tidak iktiraf pengendali perkhidmatan badal haji
Semasa

Tabung Haji tidak iktiraf pengendali perkhidmatan badal haji

by VOKALIS 09/11/2026 13

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menegaskan tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan badal haji.

Penegasan itu dibuat susulan aduan orang ramai berhubung tawaran perkhidmatan badal haji oleh pihak tertentu yang didakwa mengaitkan perkhidmatan berkenaan dengan TH, termasuk menerusi hantaran yang tular di media sosial.

Menerusi kenyataan di Facebook, TH menjelaskan dakwaan mana-mana pihak yang mendakwa mendapat pengiktirafan atau sokongan rasmi daripada institusi itu adalah tidak benar dan mengelirukan.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan dakwaan melalui saluran rasmi TH.

“TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum mendapatkan perkhidmatan berkenaan, khususnya apabila terdapat pihak yang menggunakan nama atau logo TH bagi meyakinkan bakal pelanggan.

Sementara itu, Rabu lalu, media melaporkan garis panduan berkaitan perkhidmatan badal haji sedang dirangka untuk dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum dijadikan rujukan kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, dilaporkan berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi kajian oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi meneliti aspek kebolehlaksanaan perkhidmatan berkenaan, sama ada ditawarkan oleh syarikat mahupun individu.

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Netizen pelik, isu asal ayam disembelih selepas

by VOKALIS 10/11/2026 8

Isu dakwaan ayam disembelih selepas mati yang tular dan kecoh  diperkatakan di media sosial

Semasa

JAKIM teliti dakwaan ritual pemujaan dalam Konsert

by VOKALIS 09/11/2026 13

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dakwaan persembahan konsert The Weeknd di Stadium Nasional

Semasa

Dakwaan Ritual Pemujaan Dalam konsert The Weeknd:

by VOKALIS 09/11/2026 25

Isu ‘patung gergasi’ atau bersaiz besar yang menjadi sebahagian daripada konsep persembahan penyanyi antarabangsa,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.