Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. MAHB Tidak Dijual Kepada Syarikat Asing
 MAHB Tidak Dijual Kepada Syarikat Asing
Semasa

MAHB Tidak Dijual Kepada Syarikat Asing

by The Vokal 25/06/2024 544

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pemilikan Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB) masih kekal milik negara dan soal penjualannya tidak berbangkit sama sekali.

Beliau berkata, MAHB yang dimiliki sekitar 41 peratus oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengizinkan syarikat asing khususnya Global Infrastructure Partners (GIP) untuk memiliki bersama Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) sebanyak 30 peratus.

“Pertama, dengan perubahan ini pemilikan Khazanah dan KWSP meningkat dari 41 peratus kepada 70 peratus, ini berbeza dengan naratif di luar yang seolah penjualan.

“Tidak ada penjualan MAHB kepada syarikat asing, selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan ini yang diambil alih ADIA dan GIP, itu saya nak jelaskan fakta,” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Sementara itu, Anwar berkata penjualan ataupun eksesais itu hanya melibatkan pengurusan MAHB manakala lapangan terbang masih kekal milik kerajaan Malaysia.

“Sama seperti MAHB diberi izin oleh kerajaan Turki mengurus Istanbul Sabiha Gokcen International Airport, kita diberi hak mengurus tetapi milik kekal kerajaan Turki.

“Jadi, berbeza dengan kita menjual hak Malaysia kepada zionis, ini kritikan saya terima baik tetapi biarlah berdasarkan fakta,” ujarnya.

Menjawab persoalan mengenai mengapa mengambil syarikat GIP katanya, menurut KWSP Kerjasama dengan GIP itu bermula sejak tahun 2012 iaitu kerjasama Lapangan Terbang Sydney dan Lapangan Terbang Gatwick yang ada kepentingan KWSP bersama GIP

Sumber: Kosmo

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 18

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 43

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 49

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.